Terma Perkhidmatan
Dikemas kini 5 Oktober 2026
Dengan menggunakan Jana (dikendalikan oleh EXPERT CREATIVE AGENCY), anda bersetuju dengan terma berikut.
Kredit
- Kredit dibeli sekali dan tidak luput.
- Kredit tidak boleh ditukar kepada wang tunai dan tidak boleh dipulangkan (refund tunai).
- Jika janaan gagal, kredit dipulangkan automatik ke akaun anda.
Kandungan yang dilarang
Anda dilarang menjana kandungan lucah, yang menghasut kebencian, atau yang menyerupai orang sebenar tanpa kebenaran mereka. Anda bertanggungjawab sepenuhnya ke atas prompt dan fail yang anda hantar.
Hasil janaan
Kualiti dan ketersediaan output bergantung pada pembekal AI. Kami tidak menjamin hasil tertentu bagi setiap prompt.
Penggantungan akaun
Kami berhak menggantung atau menamatkan akaun yang menyalahgunakan perkhidmatan atau melanggar terma ini.
API key
Jaga API key anda dengan baik. Penggunaan melalui key anda ditolak daripada kredit anda.
Perubahan terma
Terma boleh dikemas kini dari semasa ke semasa. Penggunaan berterusan bermakna anda menerima perubahan tersebut.